Satu hal yang menarik perhatian umum ketika mengikuti ceramah KH Ust Yusuf Mansur ialah apabila ketika beliau melantunkan bacaan Al-Quran. Beliau menghafal Al-Quran dalam masa 2 tahun sahaja dan ini sangat memberi inspirasi kepada semua yang hadir. Menghafal ayat-ayat Allah ini bukanlah suatu hal yang susah malah ianya boleh dimulakan dengan 1 hari 1 ayat!

Beliau menyarankan agar anak-anak pra-sekolah dibiasakan dulu dengan menghafal Al-Quran sebagai persediaan mereka memasuki alam persekolahan. Ini haruslah diberi perhatian oleh semua ibu-bapa agar anak-anak kita terpelihara dari pelbagai gejala sosial di usia remaja kelak. Usaha ini merlukan komitmen pelbagai pihak dan tidak terhad kepada guru-guru sekolah sahaja. Namun jauh lebih penting ibu-bapa punya peranan yang besar untuk membiasakan anak-anak dengan Al-Quran sejak dari kandungan lagi.

Insyaallah, Ust Yusuf akan hadir sekali lagi di Negeri Selangor pada bulan Ramadhan nanti. Bagi mereka yang terlepas peluang, mudah-mudahan Allah memberi kelapangan kali ini. Insyaallah!

Advertisement