Pada suatu hari, Sayidatina Aisyah R.A menceritakan kedatangan seorang perempuan bertemu dengan Rasulullah SAW yang mulia. “ Wahai Rasulullah! Saya dilamar oleh seorang pemuda tetapi saya menolak lamarannya kerana masih belum teringin untuk berkahwin. Maka apakah hak lelaki ke atas perempuan ?” Rasulullah SAW menjawab,” Andaikata dari kepala suami sampai kedua belah tapak kakinya terdapat nanah, lalu isterinya menjilatnya, ia tetap belum dapat memenuhi rasa syukur terhadap suaminya.” Perempuan itu termenung dan berkata,” Kalau begitu apakah saya tidak perlu berkahwin ?” “Bukan begitu, berkahwinlah, kerana perkahwinan itu lebih baik”. Sabdanya lagi.

Saudara-saudari yang dihormati sekelian,

Riwayat di atas membuatkan kita penuh insaf bagi merenungi tujuan penciptaan manusia di mukabumi. Banyak alasan dan sebab berdasarkan kajian oleh banyak pihak tentang isu perceraian yang dilihat semakin tinggi di negara ini. Berbagai teori dan punca ditampilkan untuk menjustifikasikan statistik yang dikeluarkan oleh pihak jakim pada bulan disember 2010 yang lepas. Antaranya ialah tiada lagi persefahaman, tidak menunaikan tanggungjawab, campurtangan pihak ketiga dan juga seksual.

Semua itu benar dan ‘legitimate’ belaka. Namun satu hal yang ingin saya sentuh disini adalah mengenai ‘daya juang’ kedua suami isteri untuk melanjutkan usia perkahwinan selama yang mungkin. Inilah sebenarnya yang mesti dilihat secara holistik dan jujur. Susah benar nak berlaku jujur dan ikhlas! Itulah yang menggoyahkan nilai sebuah keluarga, apalagi untuk menghasilkan dan membina keluarga sakinah.

Masing-masing pihak melihat dan mengira-ngira apa yang telah mereka sumbangkan dan beri antara mereka. Isteri mengeluh penat dan suami hanya mahu dilayan sebaiknya saja. Tentu saja perbahasan ini mengambil masa dan ruang yang panjang untuk dibahaskan!

Untuk para isteri yang sedang berkira-kira untuk menuntut cerai dari suami mereka, renungkanlah hadith di atas dan muhasabah diri. Apakah yang kita tak puas hati selama ini? Tulis di atas selembar kertas, tak cukup tambah lagi berapa banyak sekali pun. Kemudian berhentilah seketika, tarik nafas dalam-dalam dan baca riwayat dia atas sekali  lagi!

Advertisement