Penyokong Timnas Indonesia masih percaya bahawa kejayaan menundukkan ‘Harimau Malaya’ 5-1 awal bulan ini akan pasti berulang di Gelora Bung Karno (GBK). Hikmahnya adalah, itu soal kelmarin yang telah lama meninggalkan mereka. Besok merupakan penentuan, bagi sebuah pertandingan yang telah ditakdirkan.
Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama. Mempunyai 90 minit untuk bertarung digelanggang yang sama. Yang membezakan adalah jati diri yang ada pada diri para pemain. Buat Timnas Indonesia, bermain digelanggang diri memberikan kelebihan agar semangat terus dibakar dengan berisiknya tiupan trompet dan gegak gempitanya laungan dan sorakan penyokong tempatan yang pasti mendebarkan pemain Malaysia.
Lihatlah seekor harimau, dia tidak pernah mengharapkan mana-mana rakan kelompoknya untuk bersorak dan memberi semangat kepada dirinya untuk memburu dan menundukkan buruannya! Malah harimau itu mempunyai jati dirinya yang tebal dan kekal utuh didalam jiwanya. Dia memburu kerana tugasnya ialah memburu dan dia hanya akan puas setelah menundukkan! Jiwanya terlalu besar! Tenaganya juga banyak! Hatinya besar seperti lautan dan tidak pernah menjadi sebiji gelas!
Teruskan perjuangan harimauku!!!! Di dadamu tidak terpampang apa-apa! Di dalam dadamu hanya terletak jiwa yang besar! Mengharumkan nama negara adalah misi akhir mu!
Salam 1 Malaysia!
