Sila klik di url ini http://www.youtube.com/watch?v=ShDzMILleR0

 

 

 

Bersempena dengan ramadhan yang mulia ini, kami menganjurkan kepada anda untuk turut serta di dalam program ini. Apa yang anda perlukan ialah sangat mudah :

  •  Sila pilih 5 atau 10 rakan setiap hari dan kirim SMS atau pun membuat panggilan untuk membangunkan mereka bertahajjud.
  •  Mereka yang menerima SMS atau panggilan tersebut diminta untuk membuat perkara yang sama ke[ada 5 – 10 nombor rakan yang lainnya.
  • Bayangkan pahala dan ganjaran yang bakal anda nikmati hanya dengan membangunkan orang lain untuk bersujud kepada Allah di setiap malam! Subhanallah!

Mari kita mulakan malam ini juga!

 

Satu hal yang menarik perhatian umum ketika mengikuti ceramah KH Ust Yusuf Mansur ialah apabila ketika beliau melantunkan bacaan Al-Quran. Beliau menghafal Al-Quran dalam masa 2 tahun sahaja dan ini sangat memberi inspirasi kepada semua yang hadir. Menghafal ayat-ayat Allah ini bukanlah suatu hal yang susah malah ianya boleh dimulakan dengan 1 hari 1 ayat!

Beliau menyarankan agar anak-anak pra-sekolah dibiasakan dulu dengan menghafal Al-Quran sebagai persediaan mereka memasuki alam persekolahan. Ini haruslah diberi perhatian oleh semua ibu-bapa agar anak-anak kita terpelihara dari pelbagai gejala sosial di usia remaja kelak. Usaha ini merlukan komitmen pelbagai pihak dan tidak terhad kepada guru-guru sekolah sahaja. Namun jauh lebih penting ibu-bapa punya peranan yang besar untuk membiasakan anak-anak dengan Al-Quran sejak dari kandungan lagi.

Insyaallah, Ust Yusuf akan hadir sekali lagi di Negeri Selangor pada bulan Ramadhan nanti. Bagi mereka yang terlepas peluang, mudah-mudahan Allah memberi kelapangan kali ini. Insyaallah!

Dato’ Dr. Hj Hasan Hj Ali, KH Ust Yusuf Mansur dan Hj Noor Azizan” width=”510″ height=”342″ />

Dengan izin Allah SWT, Airborne Discovery dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor telah berjaya membawa KH Ust Yusuf Mansur ke Negeri Selangor pada 17 dan 18 July yang baru lalu. Program ini turut mendapat dokongan dan kerjasama yang erat dari Y.B. Dato’ Hasan Ali.

 

Program bermula dengan acara Ta’alim Akbar yang diadakan untuk umum di Masjid Negeri Shah Alam. Ust Yusuf memulakan pidatonya dengan berkongsi bagaimana dia mula memahami konsep sedekah yang dipelajari melalui neneknya yang menasihatkannya menabung untuk mendapatkan permainan kesukaannya.

Sedekah merupakan konsep yang telah lama diajarkan oleh Allah SWT kepada hambaNya di dalam Al-Quran. Namun dengan kesibukan dan kebiasaan yang menjadikan Al-quran hanya dijadikan sebagai perhiasan, manusia sudah menurun keyakinannya tentang janji Allah yang akan menggandakan setiap 1 sedekah dengan 10 kali ganda. Malah berbagai-bagai perkara yang dilakukan untuk mendapatkan kesenangan dalam hidup. Apalagi dengan sistem kapitalis ini, kekadang kita menjadi semakin rakus untuk mendpat apa yang kita idamkan.

Konsep sedekah melatih umat islam untuk lebih mengasihani dan memberi. Sedekah dari orang kaya itu sudah menjadi perkara lumrah, tetapi sedekah dari orang yng mislin merupakan sesuatu yang mulia dan besar pahalanya. Banyak pencerahan boleh didapatkan melalui buku Ust Yusuf Mansur yang bertajuk ” The Miracle of Giving” dan anda boleh mendpatkan dengan menghubungi pihak kami. Semoga ada manfaat dari ikhtiar yang sedikit ini.

 

Wassalam.

Pada suatu hari, Sayidatina Aisyah R.A menceritakan kedatangan seorang perempuan bertemu dengan Rasulullah SAW yang mulia. “ Wahai Rasulullah! Saya dilamar oleh seorang pemuda tetapi saya menolak lamarannya kerana masih belum teringin untuk berkahwin. Maka apakah hak lelaki ke atas perempuan ?” Rasulullah SAW menjawab,” Andaikata dari kepala suami sampai kedua belah tapak kakinya terdapat nanah, lalu isterinya menjilatnya, ia tetap belum dapat memenuhi rasa syukur terhadap suaminya.” Perempuan itu termenung dan berkata,” Kalau begitu apakah saya tidak perlu berkahwin ?” “Bukan begitu, berkahwinlah, kerana perkahwinan itu lebih baik”. Sabdanya lagi.

Saudara-saudari yang dihormati sekelian,

Riwayat di atas membuatkan kita penuh insaf bagi merenungi tujuan penciptaan manusia di mukabumi. Banyak alasan dan sebab berdasarkan kajian oleh banyak pihak tentang isu perceraian yang dilihat semakin tinggi di negara ini. Berbagai teori dan punca ditampilkan untuk menjustifikasikan statistik yang dikeluarkan oleh pihak jakim pada bulan disember 2010 yang lepas. Antaranya ialah tiada lagi persefahaman, tidak menunaikan tanggungjawab, campurtangan pihak ketiga dan juga seksual.

Semua itu benar dan ‘legitimate’ belaka. Namun satu hal yang ingin saya sentuh disini adalah mengenai ‘daya juang’ kedua suami isteri untuk melanjutkan usia perkahwinan selama yang mungkin. Inilah sebenarnya yang mesti dilihat secara holistik dan jujur. Susah benar nak berlaku jujur dan ikhlas! Itulah yang menggoyahkan nilai sebuah keluarga, apalagi untuk menghasilkan dan membina keluarga sakinah.

Masing-masing pihak melihat dan mengira-ngira apa yang telah mereka sumbangkan dan beri antara mereka. Isteri mengeluh penat dan suami hanya mahu dilayan sebaiknya saja. Tentu saja perbahasan ini mengambil masa dan ruang yang panjang untuk dibahaskan!

Untuk para isteri yang sedang berkira-kira untuk menuntut cerai dari suami mereka, renungkanlah hadith di atas dan muhasabah diri. Apakah yang kita tak puas hati selama ini? Tulis di atas selembar kertas, tak cukup tambah lagi berapa banyak sekali pun. Kemudian berhentilah seketika, tarik nafas dalam-dalam dan baca riwayat dia atas sekali  lagi!

 

Penyokong Timnas Indonesia masih percaya bahawa kejayaan menundukkan ‘Harimau Malaya’ 5-1 awal bulan ini akan pasti berulang di Gelora Bung Karno (GBK).  Hikmahnya adalah, itu soal kelmarin yang telah lama meninggalkan mereka. Besok merupakan penentuan, bagi sebuah pertandingan yang telah ditakdirkan.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama. Mempunyai 90 minit untuk bertarung digelanggang yang sama. Yang membezakan adalah jati diri yang ada pada diri para pemain. Buat Timnas Indonesia, bermain digelanggang diri memberikan kelebihan agar semangat terus dibakar dengan berisiknya tiupan trompet dan gegak gempitanya laungan dan sorakan penyokong tempatan yang pasti mendebarkan pemain Malaysia.

Lihatlah seekor harimau, dia tidak pernah mengharapkan mana-mana rakan kelompoknya untuk bersorak dan memberi semangat kepada dirinya untuk memburu dan menundukkan buruannya! Malah harimau itu mempunyai jati dirinya yang tebal dan kekal utuh didalam jiwanya. Dia memburu kerana tugasnya ialah memburu dan dia hanya akan puas setelah menundukkan! Jiwanya terlalu besar! Tenaganya juga banyak! Hatinya besar seperti lautan dan tidak pernah menjadi sebiji gelas!

Teruskan perjuangan harimauku!!!! Di dadamu tidak terpampang apa-apa! Di dalam dadamu hanya terletak jiwa yang besar! Mengharumkan nama negara adalah misi akhir mu!

Salam 1 Malaysia!

Sesuatu yang menarik dapat dilihat dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemain negara di dalam pusingan akhir yang pertama di Stadium Bukit Jalil pada 26hb yang lepas. Sebagai seorang yang sering berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia, saya melihat sesuatu yang hebat yang wajar diambil sebagai hikmah.

Selepas menewaskan Malaysia 5-1 di pusingan awal, TimNas Indonesia lagaknya seperti burung Garuda terus terbang tinggi dan tak pernah menoleh ke bawah lagi. Satu demi satu pasukan lawan disambar dan ditewaskan. Malah mereka mengatakan bahawa Malaysia bukanlah saingan sebenar mereka.  Malah berdasarkan rekod, Malaysia tidak pernah mengalahkan Indonesia sejak tahun 1996 lagi. Justeru, kekuatan Malaysia sering direndah-rendahkan oleh mereka.

Tahun 2010 menyaksikan sekali lagi bagaimana Malaysia dimalukan dengan jaringan 5-1. Tapi kekalahan itu tidak terus menghantui pasukan negara, malah mereka terus saja ‘low profile’ dan terus mendapat dokongan dari peminat dan Perdana Menteri sendiri.

Semasa di Jakarta menjelang perlawanan akhir tersebut, saya melihat sendiri bagaimana media Indonesia memainkan sentimen rakyatnya bukan untuk membina semangat kesukanan dan setiakawan. Apa yang dimainkan di saluran MetroTv ialah dengan memaparkan kes Ambalat, Sipadan Ligitan, penderaan pembantu rumah dan banyak lagi masalah yang melanda hubungan dua hala. Inilah yang sering menjadi masalah. Malah media mereka terus membenarkan pemanggil menggelarkan Malaysia sebagai negara ‘MALING’. Pemaling yang sering mencuri apa juga khazanah negara mereka seperti tarian pendet, angklung, batik, dan lagu-lagu mereka. Tapi yang pastinya, sudah banyak “MALING’ yang ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan adalah mereka yang menjadi maling dengan mencuri wang rakyat seperti kes Gayus Tambunan.  Tindakan seperti ini hanya menabur bibit-bibit kebencian dikalangan rakyat marhaen yang akhirnya mengeruhkan suasana.

Presiden SBY mengingatkan rakyatnya agar terus bersopan dan menjaga akhlak mereka ketika pusingan kedua nanti di GBK. Ini sangat bertepatan dengan waktunya kerana segelintir mereka pernah melontar najis ke Kedutaan Malaysia di Kuningan suatu ketika dulu. Sukan harus dilihat dan mesti dijadikan alat sebagai pemupuk semangat setiakawan di antara dua jiran yang tidak mungkin dipisahkan kerana saling memerlukan. Malah saya amat tertarik dengan kata-kata Presiden SBY yang boleh dianggap sebagai keramat: ” Kekalahan adalah kemenangan yang tertunda !” Itulah semangat seorang negarawan yang harus diikut dan dihayati oleh semua orang. Bukannya dengan mengapi-apikan marhaen yang tidak tahu apa-apa selain demonstrasi dan tindakan anarkis.

Semoga perlawanan akhir pusingan kedua nanti dapat memberi peluang untuk mengharmonikan jiwa antara dua negara. ‘Sporting Spirit’ harus ada bagi jiwa yang besar, bukannya dengan mempertontonkan kes-kes sensitif untuk mengharapkan sokongan murahan. Bahkan untuk mengurus penjualan tiket mereka di GBK juga mengalami masalah besar hingga menyebabkan penyokong bertindak liar dan anarkis. Bahkan, ketika menyanyikan Lagu Kebangsaan Negaraku juga, penyokong Indonesia harus beradab dan tidak menyanyikan lagu kebangsaan mereka.

Hikmahnya ialah, provokasi dan tindakan agresif tidak  menghasilkan hal yang positif. Kekalahan Malaysia pada pusingan awal merupakan sebuah kemenangan yang tertunda seperti yang dikatakan oleh Presiden SBY. Malah pasukan negara harus terus semangat dan berpegang kepada pesan Perdana Menteri Malaysia yang mahukan Harimau Malaya terus MEMBAHAM Garuda yang sudah terkulai kedua sayapnya di GBK nanti !

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.